zulnureen

Mudahnya berdagang dengan Ichimoku.

MYX:DAYANG   DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BHD

belum ada tanda tanda jelas yang harga saham ini akan naik, tetapi kelihatan di dalam carta 15min, terlihat divrgence antara harga dan MACD, ini cuma petunjuk awan yang berkemungkiinan arah hala harga akan berubah, yang mana sekarang sedang menurun, berkemungkinan telah pun terhenti dan akan menaik semula. tetapi petanda ini hanyalah petanda awal yang mana bermaksud, belum cukup kuat, apatah lagi ini cuma carta 15minit, maka pergerakan nya mungkin sebentar sahaja lagi, jadi apakah kita boleh membuat untung jika berdagang saham yang memberikan petunjuk sedemikian, kemungkinan itu memang senantiasa ada, tetapi harus di ingat, dalam bermain saham secara teknikal, anda haruslah mempunyai disiplin yang tinggi, bermakna, jika ada petunjuk beli, anda beli, dan jika ada petunjuk jual, nda harus jual. maka dalam kajian saham di atas ini, strategi pembelian dan penjualan adalah berdasarkan harga v awan. maka pada ketika ini, harga dilihat sedang cuba untuk mendaki di atas awan, cuma anda perlu juga mengambiil kia, awan itu sedang menurun dan bukan lah dala keadaan mendatar. maka jika berlaku kenaikan, kemungkinan kenaikan nya adalah satu kenaikan mengejut atau spike. dan persoalan nya ialah, apakah harga boleh kekal naik, atau apakah ia kenaikan yang sementara dan akan kembali turun semula, itu semua adalah kemungkinan kemungkinan yang bakal berlaku, namun begitu, andai anda ingin bermain dengan saham yang begini, MACD telah memberi petunjuk awal yang berkemungkinan harga akan berpataj balik untuk naik, namun, awan masih di lihat sedang menurun, maka di khuatiri kenaikan adalah kenaikan yang sementara, sekali lagi, andai anda membeli saham yang sebegini, apabila ia keluar dari awan, anda juga harus mengikuti saham ini dengan dekat, andai kata harga nya jatuh semula di bawah awan, maka, anda tidak boleh menunggu, anda haruslah ambi
tindakan menjual,
sebagai ilmu tambahan, andai kata, dalam masa yang singkat, anda mendapati harga memberikan petunjuk beli dan jual dengan kerap ada kemungkinan harga sedang bergerak secara mendatar, hati hati. kerana dari gerakan mendatar ia boleh kemudian naik dan turun. terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.