zulnureen

HIBISCUS: Ulasan Ichimoku

MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD

meihat pada carta harian dan petunjuk Ichimoku
Harga saham ini berada di bawah awan, ini petunjuk bearish
Awan masa hadapan juga bearish kerana span-A berada di Bawah Span-B
kedudukan tenken di bawah kinjun menandakan trend jangka pendek adalah bearish\
chikou juga adalah barish kerana berada di bawah harga semasa

pada pendapat saya, support dan resistance semasa untuk saham ini mengikut petunjuk Ichimoku ialah, 1.03 dan 1.11
untuk naik, harga saham ini harus kekal di atas paras 1.06 untuk tempoh beberapa hari lagi, jika ini terjadi, kemungkinan chikou akan bertukar menjadi bullish kerana berjaya berada di atas harga semasa, dan jika kenaikan ini berterusan dan dapat mendaki di atas paras 1.07 dan melepasi paras kinjun, barulah ada kemungkinan yang harga ini di lihat mendapat sokongan dan kemudiannya jika kekal naik, ia akan cuba pula menguji pars resistance 1.11
tetapi jika di lihat sekali imbas pada harga saham dan petunjuk ichimoku, ia masih lagi bearish dan masih belum memberi apa apa petunjuk belian.

lemah nya harga saham ini adalah terkait juga dengan pasaran minyak dunia semasa ini yang sedang dalam keadaan bearish.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.