AmmarAbdSamat

VS : Menuju EMA200 (E03)

Panjang
MYX:VS   V.S INDUSTRY BHD
V.S. Industry Berhad adalah sebuah syarikat induk pelaburan berpusat di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan, pemasangan dan penjualan produk elektronik dan elektrik, serta komponen dan bahagian yang dibentuk plastik.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), VS berjaya memecahkan paras rintangan yg pertama iaitu pada RM1.11 dan menutup sesi dagangan pada RM1.15.

2. Paras rintangan dan paras sokongan semasa adalah pada RM1.17 dan RM1.08.

3. Stochrsi menunjukkan VS telah memasuki fasa terlebih belian dan berpotensi utk melakukan pembetulan tetapi masih ada ruang kenaikan utk VS sebelum melakukan pembetulan.

4. Dijangkakan VS akan cuba menguji EMA200 sebelum melakukan pembetulan.

5. Jika VS berjaya utk kekal di atas paras sokongan RM1.08 ketika pembetulan, VS berpotensi utk naik melepasi paras rintangan dinamik EMA200.

6. OBV menunjukkan terdapat pengaliran volume masuk yg ketara ketika paras rintangan RM1.11 dipecahkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.