Pelabur

DPHARMA - Kesihatan Saham Bertambah Baik

Panjang
MYX:DPHARMA   DUOPHARMA BIOTECH BERHAD
Duopharma Biotech Berhad (DPHARMA), sebuah syarikat berkaitan kesihatan dan produk farmasi, menunjukkan kenaikan yang mantap sejak tahun 2009 dan menunjukkan keyakinan para pelabur untuk terus melabur di dalam syarikat ini. Berdasarkan carta, DPHARMA sedang meneruskan kenaikan selepas fasa consolidation selama 7 bulan. Selain itu, DPHARMA hampir memecah rekod baharu untuk paras harga tertinggi sepanjang masa. Harga tertinggi adalah pada RM1.48 dan harga terkini adalah pada paras RM1.38. Berdasarkan analisis pitchfork, harga saham DPHARMA meningkat mengikuti aliran pitchfork dengan baik lantas menyokong perubahan trend tersebut.

Disamping itu, berdasarkan bacaan fibonacci retracement support kuat yang berhampiran adalah pada harga RM1.37 dan resistance adalah pada harga RM1.48 iaitu harga tertinggi sepanjang masa.

Dari segi fundamental, DPHARMA merupakan satu syarikat yang mempunyai latar belakang yang baik dalam sektor perubatan dan terlibat dalam import dan export. Syarikat ini disokong kuat oleh pelabur institusi seperti PNB, EPF, ASB, KWAP dan lain lain.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: 1.37
Resistance: RM1.48
Target 1: RM1.48
Target 2: RM1.82

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.