zulnureen

FITTERS: Masih kuat naik

MYX:FITTERS   FITTERS DIVERSIFIED BHD


Bermula dari minggu ke-3 Januari 2019, saham ini mula keluar dari gerakan mendatar dan memulakan kenaikan, ketika itu di paras 40sen, dan dapat dilihat juga pada ketika ia mula melonjak keluar dari kepompong mendatar itu, moving average pun mula bersilang positif, begitu juga denga MACD dan RSI pun dengan kuat mula mendaki atas paras 50, dan RSI terus mendaki, ini menunjukkan bahawa aktiviti pembelian terhadap saham ini sangat kuat, walaupun RSI telah berada dalam kawasan terlebih beli, ini tidak lah bermakna yang saham ini akan terus mengalami kejatuhan, kemungkinan itu ada, tapi tanda tanda kejatuhan itu masih belum kelihatan, kadangkala paras RSI itu akan terus berada dalam kawasan terlebih beli untuk satu tempoh yang lama, ini kerana sifat RSI itu di kongkong oleh jurang 0 ke 100. kesimpulan nya, saham ini masih di ihat positid dan berpotensi naik, fasa pembetulan harus lah di jangkakan setelah kenaikan yang berterusan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.