AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)

• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.

Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
15 Degrees of Elliott Wave


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

.

PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.

🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
AAPLappleDivergenceElliott WavegapHLALTechnical IndicatorsLeading DiagonalTrend Analysiswahedinvest

Juga pada:

Penerbitan berkaitan

Penafian