syedasyraf

AEMULUS: Kajian Hala Tuju Saham

Panjang
MYX:AEMULUS   AEMULUS HOLDINGS BERHAD
Sektor: Semikonduktor, Automasi, Peralatan Teknologi, Teknologi, ATE

Analisis Teknikal

Antara yang dapat dilihat dalam carta AEMULUS:

1.Hidden Bullish Divergence juga telah terbentuk apabila harga menaik membentuk higher low tetapi indicator RSI dan MACD membuat penerunan membentuk lower low.

2. RSi juga menunjukkan momentum saham ini melepasi paras 50.

3. MACD juga telah melakukan golden cross dan bergerak ke arah positif. Ini menandakan bahawa signal belian telah muncul.

AEMULUS dilihat sedang melakukan cubaan untuk kembali memasuki ke landasan trend.

Berkemungkinan akan menjadi menarik sekiranya harga berjaya memecahkan paras rintangan dinamik Moving Average (MA) 50.

Analisis Fundamental

- AEMULUS bermula Q3 20 sehingga Q2 21 mula mencatatkan peningkatan keuntungan untung.
- Keuntungan QoQ pada Q2 21 sebanyak 43% dan kenaikan YoY pula sebanyak 179% .

Ringkasan yang boleh dibuat berdasarkan report RHB adalah:

1. AEMULUS merupakan syarikat yang termasuk dalam RHB Top 20 Small Cap Companies 2021.

2. Perkembangan teknologi 5G. Dijangka akan mendapat keuntungan melalui perkembangan teknologi 5G dalam peranti pintar, elektronik automotif, dan Internet of Things (IOT) dijangka berkembang pesat dalam beberapa tahun ini.

3. Ekosistem mandiri sektor semiconductor China menjelang 2025.
China mensasarkan menyetempatkan 70% daripada USD300 billion barangan yang diimport pada tahun 2025.

4. TMSS Technology (40% owned oleh Aemulus) JV bersama Tangen Microintellegence (supply chain semiconductor sector di China) yang mempunyai kelebihan dalam 5G tester space yang dikuasai firma US.

5. TMSS Technology memperoleh kawasan tanah yang luas di daerah Jiashan secara percuma untuk dijadikan kilang. Dijangka siap pada akhir 2021. Akan menjadi 3 kali ganda berbanding base AEMULUS.

6. Product localisation dan diversification. Production floor di Bayan Lepas dikembangkan 3-4x untuk menampung exponential growth in tester demand.

Namun antara risiko yang boleh dipertimbangkan sekiranya mahu melabur dalam saham AEMULUS adalah termasuk teknologi yang usang, perkembangan pasaran yang lebih perlahan di China, penjualan yang lemah daripada yang dijangkakan.

Analyst RHB juga telah mensasarkan perkembangan 32-40x P/E pada perolehan FY22F dan fair value AEMULUS antara RM1.16-RM1.44.

Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.

Apa pula pendapat anda?

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.

Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.