mel_ace

ASIAPLY Jangka Masa Panjang

Panjang
MYX:ASIAPLY   ASIA POLY HOLDINGS BHD
Sektor: Produk Industri & Servis – Bahan Kimia

1) Buat pelbagai jenis helaian akrilik. Helaian akrilik digunakan di papan iklan, perabot, pondok telefon, penghadang suara, pemasangan dalaman dll. Terkini akrilik mendapat permintaan dalam membina pondok pandu lalu ujian
Covid19.

Analisis Teknikal
Trend: Uptrend selama 23 hari bermula 2 Jun – 7 Julai
Fibo: Merujuk TF 4H, lilin hijau masih berada di atas paras kawasan Fibo 0.618
Stoch RSI: Sudah berada diatas paras kawasan 95 selama 4 hari
Volume: Mula berkurang daripada 2-3 Julai

Cara analisis:
Buat Market Structure High & Low ----> Support & Resistance sebanyak mungkin ikut sejarah chart

Tetapan Indicator
Stoch RSI
Zig zag
Corak lilin
Volume (5)
Fibo

Pelan dagangan
# Guna TF yang lebih kecil untuk masuk kerana harga sudah tinggi. Berkemungkinan untuk pembetulan.

EP: 0.315 (harga tutup)
Sokongan: 0.295
CL: 0.290 (0.5 bid bawah daripada sokongan)
TP: 0.34/0.37/0.4 (Guna kotak Gann)

Nota:
1) Akrilik pilihan yang menarik untuk gantikan kaca, walau bagaimanapun bahan kimia yang digunakan dalam proses penghasilan yang mahal. Jangkaan produk ini dapat pasaran yang luas sekiranya harga produk berjaya dikurangkan.
Permintaan amat tinggi masa kini dalam menghadapi Covid19.
2) Laporan kewangan suku tahunan bagi 2 suku berturut mula positif & cuba menimbal kerugian 6 suku tahunan sebelum ini.
3) Direktor & Eksekutif Pengerusi Yeo (Boon Leong) pegang 20% saham syarikat = Pengurusan tertinggi / keputusan pengurusan tertakluk besar pada beliau.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.