muhammadzaim86

ATAIMS, Masa untuk pulih ?

MYX:ATAIMS   ATA IMS BERHAD
1. Kaunter ATAIMS telah mengalami kejatuhan harga sekitar 80% berbanding harga sebelum 2 minggu yang lepas.
2. Harga kini berlegar di zon 0.380 - 0.535 dan bergerak secaralebih stabil di antara paras Gann 0.400 dan 0.460 dalam bulan Disember ini.
3. Bacaan RSI pada TF1H juga menunjukkan telah keluar dari zon oversold pada jam terakhir dagangan yang lepas.
4. Sementara itu Volume Profile juga memberikan paras sokongan POC di harga 0.425, 1 bid di bawah paras Gann 0.430.
5. Possible Scenario:
a. Minat membeli gagal dikekalkan dan harga akan turun menuju ke paras Gann 0.400 atau paras terenda di 0.380 semula.
b. Melihat kepada volume besar yang dicatatkan pada 30/11 yang lalu, berkemungkinan harga akan akan membuat pantulan di paras 38.2% FR di harga 0.440 atau lebih bawah di paras Gann 0.430 sebelum membuat lantunan menuju ke paras Gann 0.460, yang juga berada di zon 50% FR di 0.455. Garisan EMA20 juga berada hampir dan jika EMA6 berjaya melakukan GC, minat membeli yang lebih besar mungkin akan diwujudkan sekaligus memberi bullish momentum kepada pergerakan harga.

Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.

#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiancrypto
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.