muhammadzaim86

AYS, Retracement lengkap

MYX:AYS   AYS VENTURES BHD
1. Kejatuhan selepas ex-date dividend adalah dijangkakan, dengan harga membuat kenaikan ke paras rintangan di 0.960 sebelum turun semula.
2. Harga kini dapat dilihat berada di harga 0.525, 1 bid di bawah paras Gann 0.530 dan juga 3 bid di bawah paras 50% FR selain paras sokongan di 0.535.
3. Volume Profile memberikan paras rintangan POC di 0.710.
4. Harga juga kini telah menyentuh garisan EMA200 dengan garisan EMA6. EMA20 dan EMA50 bersusun di atas. Kenaikan harga melintasi garisan - garisan ini akan memberikn buy signal sekaligus meningkatkan buying pressure.
5. RSI juga telah menghampiri zon oversold.
6. Possible Scenario:
a. Harga memembusi EMA200 dan garisan sokongan untuk menuju ke Gann seterusnya di 0.460 atau garisan 38.2% FR sebelum membuat pantulan semula.
b. Dengan garisan sokongan, garisan 50% FR, paras Gann dan EMA200 berkumpul menjadi titik confluence yang penting, berkemungkinan harga akan membuat lantunan ke atas semula di sesi dagangan seterusnya jika disokong dengan kemasukan volume yang sihat. Garisan POC dan garisan rintangan di atas boleh dijadikan sebagai lokasi TP.

Wallahualam.


Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.

#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiancrypto
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.