Meem

BONIA: Divergence Kelemahan?

MYX:BONIA   BONIA CORPORATION BHD
BONIA CORP. dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Terkini, lilin minggu dagangan dilihat dibuka berdekatan kawasan harga tertinggi minggu sebelum ini
Namun, jika diperhatikan selang masa mingguan dilihat menunjukkan kehadiran 'divergence' penurunan
Harga dilihat membuat tinggi yang baharu namun bercanggah dengan petunjuk RSI yang membuat penurunan
Volum juga dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat kenaikan yang baharu menunjukkan kelemahan

Mampukah harga bertahan atau membuat penrunan? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.