ashrafngaidin

BOUSTEAD petanda perubahan trend

Panjang
MYX:BSTEAD   None
Seperti yang anda lihat, Boustead membuat lemang yang agak panjang hari ini. Perkara ini berikutan kesan daripada kenaikan Pharmaniaga. Perkaitannya, Boustead memegang peratusan terbesar Pharmaniaga menjadikan kenaikan limpahan secara tidak langsung kepada kaunter ini.

Malahan harga yang diberikan harini berjaya memecahkan Major DTL untuk 6 tahun kebelakang.

Harga ditutup pada MDTL, dan di atas MA200. Volume ultra banyak harini, melebihi rekod dagangan harian sepanjang kaunter ini disenaraikan.

Kemungkinan ia akan pergi ke 815 dan kemudian turun semula di sekitar 735 740 yang juga MA200.

Yang belum masuk, boleh perhatikan 4-5 hari lagi di sekitar 734 740. Jadikan MA200 sebagai aras sokongan.

ATAU jikalau esok berjaya pecah 815 dengan volume, masuklah tanpa rasa berdosa, tetapi kena berhati dengan CL sekiranya gagal.

Boleh ikuti trend sampai habis.

Sila sediakan pelan dagangan anda, ini bukan panggilan pembelian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.