MYX:BTECH   BRITE-TECH BHD
DISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx

Nampaknya selepas fasa bursa Kangaroo kita masuk pula fasa bursa sold out,
hampir setiap hari ada saja dagangan yang mencapai LIMIT UP a.k.a SOLD OUT...
apa cer tu? meh nak kabar, ada 2 istilah
LIMIT UP iaitu dagangan pada hari tersebut habis di borong pada harga apa saja sampai sold out
LIMIT DOWN iaitu dagangan dijual pada harga apa saja sehingga orang sanggup lelong murah-murah

Bagi kaunter BTECH ini, harini telah membuat aksi limit up sehingga mendapat notis UMA daripada
bursa (Unusual Market Activity). Setelah melihat latar belakang company

FA - OK, Financial ratio (+ve) dan profit report pula menunjukkan company ada membuat
keuntungan namun tidak agresif dan tidak konsisten. Company mempunyai core bisnes dalam
pengurusan air bersih juga berkaitan bahan kimia.
TA - Melihat kan pergerakan harga yang limit up pada hari ini, BTECH telah melepasi paras
LONG SIDEWAY 2005, boleh tunggu HH HL dengan trading plan. Pada chart juga, saya ada tarik fibo
untuk melihat paras pullback yang menantikan untuk BOD.
CATALYST - NONE

REVIEW - (FA/)(TA/)(CA X), Boleh sedaiakan trading plan bagi yang minat namun saya masih
belum temui alasan mengapa BTECH limit up.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.