Meem

EFORCE: Ke Mana Halatuju?

MYX:EFORCE   EXCEL FORCE MSC BHD
EFORCE dilihat bergerak dalam keadaan mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Jika diperhatikan pada selang masa mingguan, seakan terdapat pembentukan corak carta 'double bottom'
RSI juga dilihat menunjukkan terdapatnya kehadiran momentum sekiranya ia ingin meneruskan kenaikan
Namun, pembentukan corak carta yang berada berdekatan dengan EMA200 mingguan juga perlu diambil kira
Sejarah carta harga terdahulu juga menimbulkan tanda tanya dengan kesahihan pergerakan harga kaunter ini
Kedudukan EMA20 dan 50 juga dilihat masih di bawah EMA200 mingguan yang kini bertindak sebagai RBS terdekat
Berita baiknya, harga pada selang masa harian dilihat telah berada di atas EMA200 diikuti dengan persilangan EMA

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.