InsanBiasa

Strategi dagangan EurUsd

Panjang
FX:EURUSD   Euro / Dolar A.S.
Bismillah .

Untuk pasangan matawang yang agak popular di dalam kalangan trader , EurUsd .Harga untuk pasangan ini ditutup pada paras 1.6212 pada minggu lepas .

Setelah 4 hari dalam mode bullish , kelihatan seperti berlaku pengambilan untung apabila hari terakhir dagangan pada minggu lepas,pasangan ini dijual dengan agak drastik apabila mencatatkan kejatuhan 100pips +- daripada harga tertinggi pada hari jumaat yang lepas .

Setelah bangkit dari kejatuahan yang teruk pada 15 ogos yang lalu,kelihatan seperti pasangan ini masih mencari cari hala tuju yang jelas.Harga masih tersangkut dalam kawasan sideway .


Idea dagangan

Secara peribadi,saya memilih untuk focus pada mencari peluang belian pada pasangan ini .

1 .Peluang belian yang mungkin agak baik pada ketika ini ialah di paras zone support (kotak biru )

2 .Walaupon harga pasangan ini berjaya memecah psikologi harga iaitu 1.5 pada 10 ogos yang lepas , namun kebangkitan yang berlaku selepas itu memungkinkan terbentuk nya inverted HNS .

3 .Beli di paras harga dalam zone support , dengan risiko yang terkawal .

4 .Keluar dari posisi belian jika harga berjaya tutup di paras bawah 1.5 pada timeframe daily .

5 .Possible take profit boleh dilakukan pada 1.7240 , 1.866 dan 1.208 .

wallahu`alam .

p/s

Sila pastikan kawal risiko dagangan anda kerana Forex itu adalah marathon , memerlukan kesabaran , dan kesabaran serta memerlukan kesabaran .
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.