InsanBiasa

Analisa EurUsd

Singkat
FX:EURUSD   Euro / Dolar A.S.
Bismillah .
Assalamualaikum dan salam hujung minggu .

1 .untuk matawang eurusd , kita dapat melihat di timeframe daily , price telah berjaya menembusi support dan seterusnya membentuk support become resistance

2 .selain itu ,price juga telah berjaya memecah consolidated zone(kotak kuning) yang terbentuk pada pertengahan bulan 5 sehingga awal bulan 8.

3 .ini memberi bayangan bahawa , harga mungkin telah bersedia untuk meneruskan kejatuhannya tanpa menoleh kebelakang lagi .

4 .kita juga boleh lihat satu lagi consolidated zone(kotak oren) yang terbentuk antara pada awal tahun sehingga sehingga pertengahan bulan april , price membentuk satu pergerakan yang terbatas sebelum harga menembusi consilidate zone dan terjun dengan deras nya .adakah cerita yang sama akan berlaku kali ini ?

5 .Akan tetapi,di timeframe h4 harga telah memasuki oversold zone yang memberi petanda kemungkinan price akan membuat sedikit pembetulan sebelum meneruskan kejatuhan dan terjunan ke paras harga yang lagi rendah .




Idea dagangan .

1 .Untuk pair eurusd , sy lebih cenderung untuk mencari peluang jualan .

2 .Price berkemungkinan akan membuat pullback untuk menguji support become resistance sebelum menyambung kejatuhan .

3 .Peluang jualan boleh dilakukan di paras zone support become resistance . pengesahan jualan juga boleh dilakukan jika terdapat rejection harga yang berlaku pada zone support become resistance .

4 .Jika price berjaya meneruskan kejatuhan harga setelah membuat pullback menguji zone support become resistance , support seterusnya yang perlu di beri perhatian adalah seperti di tanda dalam kotak biru .

apakah pilihan trader malaysia ? wallahu`alam .

p/s berdaganglah dengan berhemah .
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.