Cryptorain17

EURUSD bakal terus MENGUKUH???

Panjang
FX:EURUSD   Euro / Dolar A.S.
EURUSD

Hujung minggu nie kita ada dua persidangan utama untuk Kerajaan China: PCC dan NPC.

3 benda market nak tengok:

1. Projection pertumbuhan ekonomi China: market jangka revise down kesan daripada slowdown ekonomi dunia serta tindakan US kenakan tarif kepada Import China. Sebelum ini, sasaran adalah sekitar 6.5%. Market jangka penggunaan bahasa yang lebih flexible untuk sasaran GDP China di antara 6% ke 6.5%.

2. Sebarang kenyataan mengenai penilaian Yuan: US meletakkan syarat China tidak memanipulasi Yuan untuk menyelesaikan ketegangan hubungan dagang. Sekiranya terdapat kenyataan yang memberikan sokongan kepada penilaian Yuan, ini akan memberikan signal bahawa China berusaha mengikuti syarat US.

3. Sebarang extra stimulus package Untuk menjana Ekonomi domestik: Kesan daripada langkah stimulus sebelum ini seperti membenarkan kerajaan tempatan mengeluarkan Bon municipal lebih awal dan pengurangan reserved requirement institusi kewangan tidak di terjemah dalam peningkatan ketara ekonomi. Ia ekoran langkah untuk mengawal shadow banking dan leverages. Jadi, sebarang stimulus package Dan easing policy akan membantu meningkatkan liquidity pasaran China dan menggalakkan domestic participation.

Perkara utama adalah langkah China berkenaan dengan hubungan dagang dengan US (Yuan atau sebarang kenyataan lain).

Sekiranya positif, kesan ketara kepada pasaran:

Risked asset akan disokong. Pasaran saham dan komoditi bid.

AUD, NZD dan CAD bid.

JPY dan CHF sell off.

USD pada mulanya akan melemah.

Euro mengukuh. Perhatikan SXAP di Stoxx600 untuk melihat reaksi sektor Automotif Eropah. Sekiranya positif, Euro kekal kukuh manakala sekiranya kebimbangan timbul kepada kemungkinan perhatian US tertumpu kepada tarif Automotif terhadap EZ, Euro melemah selepas sesi Eropah.

GBP dijangka melemah dengan tumpuan kembali kepada PM May yang cuba mendapatkan sebarang persetujuan daripada pemimpin European Council mengenai Brexit.

Jika diteliti kenyataan Presiden Juncker dan ketua Perunding EU, Barnier sebelum ini, tiada sebarang persetujuan atau rundingan semula usul yang dipersetujui sebelum ini akan dibuat.

Bagaimanapun, cubaan PM May dilihat negatif kepada GBP kerana sekiranya terdapat persetujuan, ia mungkin diterima Parlimen UK dan menyebabkan tiada lanjutan tempoh Article 50 yang sebelum ini ditetapkan pada 29 Mac 2019.

Pada minggu depan juga, kita akan ada Mesyuarat Polisi RBA, BOC dan ECB. Kalendar ekonomi juga menunjukkan satu minggu yang sarat dengan data utama. Dan NFP, jangan lupa ye. Meriah.

Jadi, outlook untuk pasaran minggu depan sekiranya apa yang saya tulis di atas berlaku:

Demand
USD (flight to quality, US T yield shooting up)
AUD (US China, RBA might tone down its dovish outlook)
NZD (US China, upward move a bit limited with US Yield allure and Capital Gain Tax proposal)

Offered
JPY (if China-US look positive)
CHF (US-China Settling, EZ slowdown, relax ECB)
EUR (muted inflation, downward economic indicators, dovish ECB, auto tariff)
CAD (BOC dijangka lebih dovish)
GBP (Brexit, services PMI is expected lower)

Gandingkan Matawang kukuh dan lemah, lihat kepada sentiment serta tunggu teknikal setup. Utamakan risk reward sebagai kriteria pemilihan entry selepas mengenalpasti exit levels.

Credit to Tuan Zulkifli Abdul Razak


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.