Ajrun_

EWEIN: Dah Habis Turun ke Belum?

MYX:EWEIN   EWEIN BERHAD
1. Analisa Trend

I. Boleh lihat EWEIN sedang melakukan "retracement" setelah mengalami kenaikan pada 31 Mei 2021.
II. Namun, EWEIN tidak dapat lepas paras harga 0.415 dan ia turun sehingga paras harga 0.370.
III. Kini, paras harga "resistance" ialah 0.390 dan paras harga "support" ialah 0.370.
IV. 17 Ogos 2021, EWEIN tutup dengan harga 0.390 diparas "resistance" dengan ada sedikit kenaikan volume.
V. Boleh diperhatikan pergerakan ia sekiranya EWEIN ia tembus dan kekal berada di atas paras harga 0.390.

2. Corak Carta

Corak yang ditunjukkan di dalam carta ini adalah "declining wedge".

Corak ini boleh berlaku disebabkan oleh 2 keadaan:
I. Berlaku kejatuhan yang mendadak/tajam dan kemudian bergerak keatas.
II. Bertindak sebagai "pullback/retrace" setelah berlaku kenaikan harga yang lama.

Dijangkakan bahawa harga akan menembusi "resistance line" dan akan membuatkan harga naik lebih tinggi.

3. Penunjuk indikator

I. Moving Average - EMA9(biru) telah menunjukkan mahu bersilang keatas MA20(merah). Selain itu, harga telah menembusi MA50(hitam) menunjukkan ia ada menunjukkan momentum untuk menaik.

II. RSI - EWEIN menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - Garisan MACD telah menunjukkan mahu bersilang keatas garisan Signal.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.