shahidah_sf

FAJAR PERLU BO 52WH UNTUK MEMBUAT KENAIKAN

MYX:FAJAR   FAJARBARU BUILDER GRP BHD
Nama Korporat : FAJARBARU BUILDER GROUP BHD
Simbol & Kod : FAJAR (7047)
Papan : Utama
Syariah : Patuh Syariah
Sektor : Pembinaan
Subsektor : Pembinaan
QR: Positif

Fajar dari segi pemangkin agak menarik. Fajar telah memperoleh kontrak bernilai RM120.82 juta daripada Tanjung Nakhoda (M) Sdn Bhd untuk pembinaan dan penyiapan sebahagian kerja yang telah siap di Johor Golf & Country Club (JGCC).

Secara teknikal kaunter keseluruhan masih dalam fasa menaik walaupun turun seketika membuat 'pullback' setelah kenaikan hampir 2 minggu. Harga masih lagi berada di atas ma20,ema50,ma200 (dalam trend utama menaik). Untuk membuat kenaikan yang baru harga perlu memcahkan rintangan 52 minggu tertinggi pada harga 355. Macd walaupun masih positif di atas 0 namun garisan macd & signal menunduk (perlu menunggu histo hijau pekat dan garisan macd mendongak ke atas). RSI mmepunyai positif momentum.Harga sokongan terdekat berada di 320. Kaunter tidak lagi menarik sekiranya bocor harga sokongan gann 310.Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran semata-mata..tiada saranan jual beli saham. #tayor

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.