FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI

Indeks FBMKLCI yang baru baru ini telah jatuh ke paras terendah 1200 telah membuat kenaikan sehingga paras rintangan 1350, ini adalah sesuatu yang telah dijangkakan. pembacaan Indeks secara teknikal menunjukan yang ia masih lagi sedang jatuh tetapi dalam fasa jangka pendek, ia berkemungkinan akan membuat cubaan naik sehingga ke paras 1400, ia adalah sesuatu yang boleh dicapai kalau melihat pada carta indeks dan petunjuk ICHIMOKU. petunjuk trend telah pun berubah kepada positif, menandakan yang ia berkemunkinan dalam jangka masa pendek akan membuat kenaikan, dan kini setelah naik hampir 150 mata, ia dilihat sedang berada dalam tekanan jualan. namun, jika sokongan kembali datang dengan kuat, ada kemungkinan yang indeks akan membuat cubaan naik semula ke paras 1400 sebelum ditekan oleh halangan penjualan. secara personal. ia adalah satu kemungkinan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.