FauziSaham

KLCI kini berada dalam Supply Zone

Panjang
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
KLCI kini berada dalam Supply Zone iaitu dalam lingkungan 1599 - 1615. Jadi untuk masa ini KLCI masih dalam pemerhatian sebelum kita tahu arah tuju seterusnya. Samaada supply yang ada cukup-cukup atau adanya lebihan supply. Dalam erti kata lain selagi mana indeks bertahan atas 1599 ataupun EMA 100, ia ada potensi untuk meneruskan kenaikan.

Sekiranya ia tidak mampu bertahan atas 1599, maka kita tahu ia perlu menambah stok lagi (indeks turun ke bawah/demand zone).

Namun sekiranya ia mampu breakout paras 1615, ini yang kita tunggu-tunggu selama lebih kurang 2 tahun ini. Kerana ianya bukan sahaja breakout supply zone (adanya lebihan supply yang akan membawa ia naik ke supply zone seterusnya), malah ia juga akan breakout:

- MA 200
- Downtrendline / Falling Wedge Resistance

Ia akan jadi titik mula perubahan trend dari downtrend kepada uptrend.

Namun jika ia tidak berjaya bertahan atas 1599, ia berpotensi besar untuk menjadi sideways ataupun konsolidasi yang besar.

Jika anda baca analisa KLCI saya yang lepas-lepas, saya ada menyatakan beberapa petanda positif perubahan trend antaranya:

- Pembentukan Corak W atau Double Bottom.
- Buat pertama kalinya Stochastic di carta mingguan membuat higher low dalam tempoh 2 tahun.
- Indeks di penghujung Falling Wedge Pattern / compression.

Dari isyarat-isyarat yang ada, saya percaya downtrend telah bertemu bottom atau dasar dan sedia untuk perubahan trend. Namun kita masih dipersimpangan samaada downtrend berubah kepada sideways, ataupun downtrend berubah kepada uptrend. Sama-sama kita nantikan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.