Mr_Futures-Trader

FCPO Mac 2019 : Analisa Teknikal Harian

Singkat
Mr_Futures-Trader Telah dikemas kini   
MYX:FCPOH2019   Crude Palm Oil Futures
Harga bagi kontrak terkini minyak sawit mentah telah melepasi 2 paras halangan terdekat & awal bulan ini apabila berlegar di antara 2111 dan 2142. Corak carta juga seperti membentuk 'double bottom' & terdapat 'breakout' palsu di bawah EMA200. Pada minggu lepas, 'Golden Cross' ke -2 telah berlaku dan sebelum itu 'Golden Cross' terjadi adalah palsu akibat jurang harga buka yang tinggi. Kenaikan harga melebihi 2142 ke atas akan menjadikan pertukaran struktur menaik (uptrend) sekiranya harga tersebut masih kekal. Struktur menaik terbatal jika harga turun ke bawah dari paras 2099.
Jangkaan harga adalah berdasarkan nisbah 1:1 & Fibonacci Extension.
Komen:
Harga jangkaan pada paras Fibonacci Extension/Projection 2.618% telah tercapai petang semalam (lebih kurang pukul 5.30 petang 19/12/2018)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.