tariqrahmalan

TIBA # 15 : FRONTKN, Kini All Time High..

MYX:FRONTKN   FRONTKEN CORPORATION BHD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "FRONTKN" secara umum menunjukkan "telah / sedang" memasuk Fasa "MARKUP".
*Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM 2.39 dan Higher Low pada harga RM 1.83.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" tertinggi pada harga RM 3.06.
Trend "UPTREND" kelihatan di carta.

Harga telah mencapai All Time High dan paras resistance telah bertukar menjadi support pada harga yang dinyatakan.
"Resistance" dilihat telah breakout dengan Candlestick Marubozu "Hijau" telah menujah "Resistance" pada tarikh "10 July 2020"
"Selain itu", volume dilihat mengalami "kenaikan" yang "konsisten" menunjukkan minat "belian" yang “berterusan". Kaunter ini dijangka meneruskan kenaikan untuk tempoh yang pendek sebelum berlaku pengambilan untung.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
" Minor" Bullish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang membentuk "Morning Star" pada tarikh 30 Jun 2020 menunjukkan kaunter bakal meneruskan kenaikan.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat "berada di bawah" oleh candlestick menunjukkan "Hold / Buying" Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "berlegar" di paras "Overbought" menunjukkan momentum "belian" masih "menguat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini melepasi ratio "23.6" menandakan kaunter mengalami "pullback yang sihat".

===================
ANALISA FUNDAMENTAL
===================
1.0 CATALYST
Catalyst yang terkini berkaitan kaunter ini adalah berkisar tentang "keuntungan yang lebih tinggi direkodkan oleh FRONTKN dan perkembangan perniagaan semiconductor-nya di Taiwan ".
Berdasarkan perkembangan terkini, ia dijangka "akan" memberi kesan kepada pergerakan harga saham untuk tempoh jangka masa "sederhana"
Sumber rujukan adalah seperti berikut:
a. www.theedgemarkets.c...r-taiwan-ops-revenue

2.0 QUARTER GROWTH
Kaunter ini dilihat mengalami "pertumbuhan untung yang sihat" berdasarkan prestasi kewangan Quarter on Quarter.
"Namun begitu" prestasi Quarter over Quarter kelihatan sedikit menyusut.
Sumber : www.malaysiastock.biz

3.0 ANNUAL GROWTH
Prestasi keuntungan tahunan juga didapati bertumbuh positive berbanding prestasi tahun lalu.
Berdasarkan laporan Quarter terkini, prestasi ini didorong / disebabkan oleh prestasi yang baik oleh division mereka di Taiwan.
Sumber : www.malaysiastock.biz

4.0. FINANCIAL RATIO
Petunjuk kewangan syarikat juga berada pada tahap yang memberansangkan dimana :
i. Kemampuan Syarikat untuk membayar hutang semasa berdasarkan Quick Ratio adalah sebanyak 2.26 .
Disamping itu, ia disokong dengan Current Ratio sebanyak 2.93 .

ii. Jangka masa panjang, keseluruhan tanggungan syarikat berjaya ditampung oleh jumlah asset sedia ada melalui ratio Net Tangible Asset sebanyak 3.51.
Keadaan ini memberikan kelegaan kepada para pelabur samada untuk memiliki dan menyimpan saham ini dalam tempoh yang sederhana dan panjang.

iii. Dalam keadaan paling buruk, risiko para pelabur terhadap hutang dan tanggungan syarikat diterjemahkan dalam ratio Debt to Equity Ratio sebanyak 0.34 .
Dalam erti kata yang lain, seandainya syarikat tidak lagi mampu beroperasi dan tiada sebarang asset yang boleh dijual bagi menanpung liability syarikat, risiko pelabur terhadap hutang - hutang adalah sebanyak 34% dari jumlah equity syarikat.

Sumber : Laporan Quarter Terkini

5.0 SHAREHOLDER
Pemegang saham dilihat membuat pelaburan tambahan dengan individu dikenali sebagai MR TAN KENG SOON sebanyak 256,591,473 unit pada tarikh 8 Jun 2020

6.0 PROSPECT
Laporan dari Financial / Quarter Report menunjukkan syarikat mempunyai prospek yang "memberansangkan".
"Ini boleh dirujuk kepada perenggan berikut: " we are cautiously optimistic that our performance for the remaining months will be satisfactory provided the global economy is able to restart within the expected time frame." Selain itu, “As for the oil and gas industry, the outbreak of COVID-19 and the significant drop in the crude oil price has added a major layer of uncertainty to the market outlook and we will need to remain vigilant in 2020 while standing ready to embrace new opportunities for profitable growth in an evolving market landscape”


====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.


==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.