Pak_Din

HLT- Menuju ke garisan menaik

MYX:HLT   HLT GLOBAL BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- Sebagai rujukan carta harian kaunter HLT , HLT masih menunjukan trend penurunan dan tiada tanda perubahan trend berlaku.
- Garisan ema semua di atas candle jelas membawa maksud trend masih dalam keadaan downtrend.
- Purata belian semakin menurun berdasarkan purata belian selama 20 hari.
- MACD dan Stoch RSI menyokong bahawa HLT masih dalam keadaan downtrend.
- Paras harga HLT betul-betul berada di atas garisan uptrend. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume.

Dari sudut fundamental

- Secara keseluruhannya, syarikat HLT merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.

- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan HLT mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 12.14 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 6.1 juta.

- EPS semasa syarikat iaitu 3.60 membuktikan stok HLT adalah stok undervalue.

Artikel yang berkaitan dengan kaunter sarung tangan :

1. intraday.my/kaunter-...-tangan-terus-koyak/
2. moneycompass.com.my/...ung-tangan-terjejas/
3. beritakini.biz/klci-...ung-tangan-menyeret/

Berdasarkan analisis saya untuk bacaan saudara?.Apakah keputusan saudara?...Pepatah berbunyi 'Tepuk dada tanya selera'.


PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.