cartahati

Harapannya agar bukanlah lantunan arwah sikucing meow-meow

MYX:HLT   HLT GLOBAL BERHAD
Kaunter pilihan - HLT
Status syariah - dipatuhi dan halalan toyyiban
Pecutan pantas menemui puncak pada harga RM3.33, kemudiannya bermulalah pesta pengambilan untung sehingga menjunam trendnya.
Telah kelihatan reversal candle pada 18 Ogos 2020 dengan volume dan kenaikan harga yang menggembirakan.
Namun kebahagiaan tidak kekal lama. Candle merah muncul kembali bersama trend menurun.
Logik akal mungkin mengatakan selagi ada covid19, kaunter glove masih patut mendaki. Malang sekali sentimen pasaran menguasai segalanya.
Maka, bersabarlah menunggu beberapa ketika lagi kerana jika harga terus menurun melebihi paras terendah semasa pada RM1.26, maka reversal candle pada 18 Ogos itu hanyalah lantunan arwah sikucing dan harga akan terus menjunam.

Sama-sama kita tunggu corak perubahan harga dalam beberapa hari ini bagi mendapatkan hidayah untuk langkah seterusnya. Jika masih didalam, keluar dahulu mungkin adalah langkah yang sewajarnya.

Gaya karangan ini pun sudah pasti ia bukanlah sebiji buycall. Selamat berdagang dan TAYOR.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.