Dr_Al_Aarifin

INARI [S] MEMBUAT SHOOTING STAR - KE MANA ARAH TUJUNYA?

MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
INARI MEMBUAT SHOOTING STAR - KE MANA ARAH TUJUNYA?

1. INARI pada hari ini dibuka dengan harga gap up berkemungkinan disebabkan oleh pengumuman berkaitan MOU dengan China Fortune-Tech Capital Co., Ltd (rujuk nota kaki)
2. Kenaikan yang luar biasa dilihat sehingga mencapai aras psikologi RM4.00
3. Walaubagaimanapun kenaikan tidak kekal lama apabila seller mula menguasai pasaran seterusnya memberi tekanan jualan yang tinggi
4. INARI dilihat membentuk shooting star untuk ditutup di bawah aras tertinggi dalam sejarahnya (RM 3.86)
5. Adakah ini memberi signal yang INARI akan membuat reversal atau kembali meneruskan kenaikan dalam masa terdekat? Sama-sama kita saksikan
6. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------

Nota: malaysiastock.b...nouncement.aspx?id=1355767...

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.