AbangManuK

INARI [S] - Sampai Masa Untuk Beraksi..MERDEKA!!!

Panjang
MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Kelihatan INARI dalam perjalanan mengembalikan kegemilangannya dalam membuat pencapaian ke paras harga yang lebih tinggi setiap kali ia di dagangkan...
.
.
Setelah mengalami kejatuhan teruk pada 19 December 2019 dari parah harga 1.90 sehingga ke paras harga terendah sebelum ia pullbak pada harga 0.900 (rujuk pada carta di atas) pada 17 Mac 2020 ...
.

.
Dan sejak hari itu..INARI telah membuat kenaikan sebanyak 1.50 (168.85%) sebelum kembali retrace dan membuat technical rebound pada paras harga 1.995 pad 17 August 2020 dan kini ia telah pun berjaya menutup hasil dagangan pada paras harga 2.25..
.
.
INARI perlu memecahkan SEGI TIGA EMAS @ DTL pada paras harga 2.35 sebelum meneruskan kenaikan yang lebih laju dan mencuba di paras harga 2.40..
Berdasarkan fibo extension menunjukkan strong R yang boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP) dan TP terdekat ada lah di harga 2.57
.
.
Oleh itu, sama-sama kita perhatirapat pergerakan menarik dari INARI dan mungkin sedikit dari hasil kajian ini mampu membantu anda memperoleh keuntungan maksimum dengan risiko yang seminimum mungkin..


DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading & TAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.