JAG (Berbekalkan Signal Lampau untuk Keputusan Masa Hadapan)

Sektor:
- Industrial Products, Industrial Services, Industrial Products & Services (Sumber: iSaham).

Idea analisis:
~Teknikal~
- Kajian ini meninjau pergerakan harga bagi JAG dalam time frame daily dan mendapati sekarang JAG berada di dalam minor wave 5 dalam major wave 3.
- Minor wave 5 pula mempunyai 5 lagi sub minor wave (1-2-3-4-5) dan JAG sekarang dilihat telah berjaya melengkapkan sub minor wave 2 dan sedang memulakan perjalanan untuk melengkapkan sub minor wave 3 pula.
- Ini dibuktikan dengan 2 petunjuk:
1⃣ Pembentukan candlestick 'morning doji star' yang tinggi kekuatannya (strong).
2⃣ MACD 4R1G (Histogram 4 Red 1 Green). Memberi signal bahawa JAG menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda JAG akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
- Jika JAG mampu bertahan di atas paras harga RM 0.335, harga berpotensi menuju ke sub minor wave 3 pada paras harga RM 0.475 yang merupakan 161.8% daripada sub minor wave 1.
- Kemudian harga akan membuat penurunan dahulu bagi melengkapkan sub minor wave 4 sebelum membuat kenaikan kembali dan berpotensi melengkapkan sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave 5 dan major wave 3 pada paras harga RM 0.635 iaitu 161.8% daripada major wave 1.
- Mari kita lihat kronologi pergerakan harga bagi JAG sepanjang kenaikan dalam major wave 3 ini pula:
♾ Muncul signal 'strong bearish divergence' daripada oscillator stochastic RSI yang menyambungkan puncak harga super sub minor wave 3 dengan super sub minor wave 5 memberikan petanda bahawa sub minor wave 3 telah berjaya dilengkapkan.
♾ Harga turun kemudiannya untuk membuat sub minor wave 4 pula.
♾ Ketika harga naik di puncak sub minor wave 5, muncul lagi signal 'strong bearish divergence' tetapi kali ini daripada oscillator AO pula.
♾ Ini memberi gambaran bahawa minor wave 3 telah lengkap dan harga kemudiannya membuat penurunan yang agak drastik untuk melengkapkan minor wave 4.
♾ Pattern zig zag terbentuk dalam minor wave 4 ini dan sub minor wave C dalam pattern zig zag berakhir tepat pada paras 61.8% daripada sub minor wave A.
♾ Pengakhiran sub minor wave C ini juga disokong oleh signal 'strong bullish divergence' daripada oscillator stochastic RSI dengan penyambungan super sub minor wave 3 dengan super sub minor wave 5.
♾ JAG kemudiannya meneruskan kenaikan untuk melengkapkan sub minor wave 1.
♾ Terbentuk pula candlestick 'three black crows' menolak harga untuk jatuh sedikit kebawah bagi harga melengkapkan sub minor wave 2.
- Berdasarkan kronologi ini, signal divergences dilihat agak penting bagi menentukan pergerakan harga dan penentuan wave untuk JAG.
- Sebarang divergences yang terbentuk boleh diberi perhatian. "History repeats itself".
- JAG juga masih di atas MA 200 (rujuk garisan trend berwarna hijau) memberi gambaran bahawa JAG masih uptrend untuk jangka masa panjang (long-term).

~Fundamental~
- Dalam 10 quarters terkini, secara overall, penganalisis melihat keuntungan dan perolehan JAG adalah dalam trend menaik.
- Walaubagaimanapun, JAG pernah mencatatkan kerugian tiga quarters berturut² pada 2019 tetapi untuk quarters terkini (2020-2021), JAG konsisten membuat keuntungan dan dilihat keuntungan JAG semakin menaik untuk setiap quarters menjadikan keuntungan JAG menaik YoY sebanyak 413.43%.
- Perolehan JAG juga menunjukkan peningkatan YoY dan QoQ masing² sebanyak 22.47% dan 69.95%.
- JAG kali terakhir memberikan dividen kepada pemegang sahamnya pada 2018 iaitu sebanyak 0.2 sen sesaham.

Nota kaki:
* Major wave = Nombor kelabu yang dibulatkan.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi oscillator menurun (lower high).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Penerangan tentang kekuatan candlestick 'morning star' atau 'morning doji star':
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
4r1gaoblackcrowDivergenceElliott WaveFundamental AnalysisJAGMorning StarmorningstardojiTrend Analysiswave3

Juga pada:

Penerbitan berkaitan

Penafian