JETSON (Jet Isi Minyak di Lapangan Segitiga Sebelum Berlepas)

Telah dikemas kini
Sektor:
- Construction, Auto Parts, Industrial Products & Services, Penny Stocks (Sumber: iSaham)

Analisis Teknikal:
------------Umum------------
- Idea analisis ini meninjau pergerakan harga JETSON dalam timeframe 2 jam.
- Dalam timeframe daily, JETSON masih di atas MA 200 menandakan JETSON masih lagi uptrend untuk longterm.
- JETSON sekarang dilihat sedang melengkapkan bullish symmetrical triangle sebelum meneruskan kenaikan.
- Terdapat 5 bucu symmetrical triangle ini. JETSON baru selesai melengkapkan tiga bucu dan sekarang harga dijangka akan membuat bucu keempat.
- Terdapat tiga target bucu keempat ini:
1) RM 0.450 yang merupakan horizontal resistance JETSON,
2) RM 0.460 yang merupakan paras 100% fibonacci extension dan
3) RM 0.485 yang merupakan horizontal resistance bagi JETSON.
- Setelah lengkap bucu keempat ini, JETSON akan membuat penurunan pula bagi melengkapkan bucu kelima sebelum meneruskan kenaikan.

------------Elliott Wave------------
- Setelah melengkapkan major wave 3 dengan kenaikan sebanyak 361.8% (3.618 kali ganda) major wave 1, sekarang JETSON dilihat sedang bermain di dalam major wave 4 dengan membentuk contracting triangle (A-B-C-D-E).
- JETSON dilihat sedang melengkapkan minor wave D.
- JETSON perlu melengkapkan zigzag (A-B-C) bagi melengkapkan minor wave D ini dan sekarang JETSON berada di perakhiran wave zigzag iaitu sub minor wave C.
- Terdapat tiga target sub minor wave C yang juga merupakan minor wave D ini:
1) RM 0.450,
2) RM 0.460 yang merupakan 100% (1 kali ganda) minor wave A. Ini bertepatan dengan formula A=C yang bermaksud panjang minor wave C bersamaan dengan minor wave A dan
3) 0.485.
- Terdapat dua invalidation level yang ditanda bermakna sepanjang pembentukan minor wave D ini, harga mestilah tidak bergerak melebihi dua paras ini. Jika tidak, kiraan wave sedia ada ini akan terbatal.
- Garisan selari berwarna kelabu juga boleh dijadikan guideline bagi JETSON dimana harga perlu kekal berada di dalam garisan selari ini.
- Jika harga naik melebihi upper boundaries garisan selari ini, berkemungkinan corrective wave telah selesai dan harga sedang membuat major wave 3. Kiraan alternatif ini akan dimuatkan di bahagian komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca.

Analisis Fundamental:
- JETSON tidak konsisten dalam membuat keuntungan dan terkini, JETSON telah membuat kerugian dalam tiga quarters berturut².
- Perolehan (revenue) JETSON juga tidak memberangsangkan dan dalam tiga quarters terkini, revenue JETSON menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan dan revenue JETSON meningkat YoY masing² sebanyak 42.35% dan 33.7%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' menandakan saham JETSON ini tidak sesuai dibeli untuk mereka yang baru mengenali dunia saham dan masih tidak mahir dalam cutloss.

Nota Kaki:
------------Umum------------
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham


------------Elliott Wave------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.

🎈 Semoga Bermanfaat 🎈

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Nota
syot kilat
Nota
Alternatif: Jika JETSON naik melebihi upper boundaries, harga berkemungkinan sedang membuat major wave 3 dan berpotensi naik lebih tinggi lagi.
contractingtrianglecorrectivewaveElliott WaveFibonacci ExtensionFundamental AnalysisJETSONSymmetrical TriangleTrend Analysiswave4

Juga pada:

Penafian