INDEX:KLSE   Indeks Bursa Malaysia KLCI
Kajian KLSE

Carta KLSE mingguan

Carta Mingguan

Jika dilihat dari carta mingguan, ada beberapa tanda menarik dapat dilihat. Sekiranya keadaan semasa dibandingkan dengan keadaan carta semasa bulan Julai tahun 2018 menunjukkan paras kejatuhan harga sehingga paras 1657 iaitu harga menjauhi indikator smoke menunjukkan tanda pembalikan akan berlaku. Pada bulan yang sama juga, terdapat anjakan harga ke atas sehingga paras indikator smoke. Keadaan yang berlaku pada bulan Julai adalah mirip dengan keadaan semasa dimana harga telah menjauhi indikator smoke. Terdapat tanda pembalikan di mana ia disokong dengan bentuk market yang berbentuk segitiga. Ini bermakna, ada kemungkinan harga akan naik sehingga paras indikator smoke pada Disember 2018 atau awal Januari 2019.

Kembali kepada carta harian, dengan keadaan indikator smoke yang masih nipis atau berbentuk tirus, ini menandakan tren ke bawah masih kuat. Tetapi dalam masa yang sama, harga masih jauh dari indikator smoke menandakan sedikit anjakan ke atas sehingga mencecah indikator smoke sebelum kembali turun sekiranya harga tidak melepasi indikator smoke. Tetapi terdapat beberapa halangan yang dikenalpasti oleh indikator band iaitu pada 1701, 1712 dan 1725 untuk harga naik ke atas. Ini menandakan harga akan menempuhi jalan yang sangat susah untuk ke atas.

Secara kesimpulan, harga kemungkinan akan berusaha ke atas sebelum kembali jatuh. Market masih dalam keadaan stagnan sekiranya masih dalam jarak paras 1742 dan 1671.

Segala yang dinyatakan di atas adalah untuk pembelajaran semata-mata dan pihak kami tidak bertanggunjawab atas keuntungan atau kerugian mana-mana pihak.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.