INDEX:KLSE   Indeks Bursa Malaysia KLCI
Index : Bursa Malaysia KLSE

Idea Analisis


Dari sudut teknikal
- Index KLCI masih lagi dalam fasa penurunan dan belum menunjukan tanda-tanda untuk kembali membuat kenaikan.
- Index KLCI kini berada pada paras support 1530.15 dan juga telah memecahkan fibo 61.8% iaitu pada paras index 1547.59.
- Berdasarkan indikator anjakan fibonacci, KLCI kemungkinan akan mencari paras fibo 78.6% sekiranya support 1530.15 dipecahkan dan kemungkinan besar juga kembali ke paras fibo 61.8% sekiranya berjaya mencecah paras index 1547.59
- Indikator RSI juga menunjukan index KLCI masih belum mempunyai momentum untuk kembali membuat kenaikan kerana masih berada pada kawasan oversold.

Dari sudut fundamental
- Keputusan dari mesyuarat MPC Bank Negara Malaysia pada hari ini, BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
- BNM mengatakan melalui artikel yang ditulis daripada Sinar Harian bahawa kegiatan ekonomi adalah lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama 2021 dan berterusan sehingga April sepertimana dipaparkan oleh penunjuk terkini terutama eksport, perbelanjaan runcit dan keadaan pasaran pekerja.\
- Dalam masa yang sama, peningkatan kes COVID19 secara mendadak dijadikan salah satu punca penurunan mata index KLCI.
- Ketidakstabilan politik juga mendorong kepada ketidaktentuan ekonomi di negara kita.

PENAFIAN:
- Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.