naimmp98

LBALUM (Melantun di atas Lantai Sambil Memecahkan Bumbung)

naimmp98 Telah dikemas kini   
MYX:LBALUM   LB ALUMINIUM BHD
Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Keuntungan LBALUM dilihat berada dalam trend mendatar pada mulanya. Kemudian pada Q2 2020, LBALUM mencatatkan kerugian sebelum mencatatkan keuntungan selepasnya dalam trend menaik sehingga sekarang. Keuntungan LBALUM meningkat YoY sebanyak 24.71%.
- Hasil (revenue) pula dilihat dalam trend menaik untuk 4 quarter terkini. Walaubagaimanapun, secara overall, revenue LBALUM dilihat berada dalam trend mendatar. Revenue LBALUM menaik QoQ sebanyak 15.22% tetapi menurun YoY sebanyak -7.43%.
- LBALUM juga konsisten dalam pemberian dividen. Terkini (tahun 2021), LBALUM memberikan dividen sebanyak 1 sen sesaham menurun sebanyak -33.33% berbanding dividen tahun sebelumnya, tahun 2020 iaitu sebanyak 1.5 sen sesaham.

~Teknikal~
- LBALUM dilihat telah melakukan kenaikan parabolic setelah sebelumnya bergerak sideways.
- Ketika di fasa sideways, LBALUM dilihat membuat support di mid bb dan lower bb.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, LBALUM membuat retracement dan membentuk bullish pennant.
- Terkini, LBALUM telah berjaya memecahkan bullish pennant dan berjaya rebound di atas 2 garisan:
1) Mid BB @ MA 20 (menandakan LBALUM uptrend untuk mid term).
2) Fibo 0.5 (menunjukkan kekuatan uptrend LBALUM adalah sederhana).
- Rebound ini juga disokong oleh dua indikator:
1) Stochastic RSI: Cross up di paras oversold menunjukkan LBALUM cuba rebound di atas support baru yang terkuat.
2) MACD: Muncul signal 4R1G menunjukkan minat pembelian muncul setelah menerima tekanan penjualan hari sebelumnya.
- Jika dilihat, sepanjang LBALUM didalam bullish pennant, histogram MACD berwarna merah (menerima tekanan penjualan) dan apabila muncul histogram hijau (signal 4R1G), LBALUM berjaya breakout bullish pennant. Ini memberi confirmation bahawa breakout ini adalah valid jika bersandarkan kepada signal 4R1G daripada MACD ini.
- Jika LBALUM mampu bertahan di atas Mid BB dan fibo 0.5, harga berpotensi menuju ke RM 1.39 atau upper BB.

Nota kaki:
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya bulan Mei. Dalam idea ini, Q2 adalah pada bulan Jun.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai bullish pennant dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Komen:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.