naimmp98

LBALUM (Masih Ramai Peminat Setia)

MYX:LBALUM   LB ALUMINIUM BHD
Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Keuntungan LBALUM dilihat berada dalam trend mendatar pada mulanya. Kemudian pada Q2 2020, LBALUM mencatatkan kerugian sebelum mencatatkan keuntungan selepasnya dalam trend menaik sehingga sekarang. Keuntungan LBALUM meningkat YoY sebanyak 24.71%.
- Hasil (revenue) pula dilihat dalam trend menaik untuk 4 quarter terkini. Walaubagaimanapun, secara overall, revenue LBALUM dilihat berada dalam trend mendatar. Revenue LBALUM menaik QoQ sebanyak 15.22% tetapi menurun YoY sebanyak -7.43%.
- LBALUM juga konsisten dalam pemberian dividen. Terkini (tahun 2021), LBALUM memberikan dividen sebanyak 1 sen sesaham menurun sebanyak -33.33% berbanding dividen tahun sebelumnya, tahun 2020 iaitu 1.5 sen sesaham.

~Teknikal~
- LBALUM sebelum ini telah berjaya rebound di atas fibo 0.5 tetapi masih tidak mampu melepasi resistance pada paras harga RM 1.390.
- Terkini, LBALUM meneruskan penurunan dan berkemungkinan harga akan cuba rebound di antara mana² fibo 0.618, 0.5 atau 0.382.
- Harga berpotensi meneruskan kenaikan kerana muncul signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan bahawa momentum penjualan yang kuat tidak mampu untuk menjatuhkan harga kerana minat pembelian / permintaan yang masih lebih kuat.

Nota kaki:
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei. Dalam idea ini, Q2 adalah pada bulan Jun.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.