MYX:LCTITAN   LOTTE CHEMICAL TITAN HOLDING BERHAD
LCTITAN dilihat sedang berada dalam trend menurun selepas melakukan jurang kejatuhan beberapa hari dagangan yang lalu

Harga dilihat melakukan pembetulan teknikal setelah harga memasuki zon 'oversold' RSI beberapa hari dagangan yang lalu
MACD histogram dan juga petunjuk RSI dilihat menghala ke atas mengesahkan pembetulan pergerakan harga
Namun MACD juga dilihat belum melakukan persilangan emas menunjukkan harga masih dikawal oleh penjual secara amnya
Analisa volum juga melihat pembentukan lilin hijau yang tidak selari dengan jumlah volum dagangan
Harga dijangka cuba mencari semula EMA50 harian yang kini bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat
Tidak mustahil juga harga akan membuat percubaan untuk menutup jurang kejatuhan namun ini bukanlah jaminan

Penafian
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.