Pak_Din

MCLEAN- Masih fasa menurun

MYX:MCLEAN   MCLEAN TECHNOLOGIES BERHAD
Sektor - Industrial services
Perniagaan : Servis solusi pembersihan peralatan electronik dan peralatan besi, penyelenggaraan sistem pembersihan dan sebagainya.

Idea analisis

Dari sudut teknikal

1. MCLEAN masih major trend menurun. Ini berdasarkan masih belum memecahkan garisan menurun.
2. MCLEAN dilihat akan retrace/berbalik apabila menyentuh garisan menurun. Ini berdasarkan candle/paras harga terdahulu. Sejarah mungkin berulang.
3. MCLEAN kebarangkalian akan berubah trend sekiranya berjaya memecahkan garisan menurun. Sekiranya berlaku breakout, peluang untuk entry adalah dikawasan atas garisan menurun dan di fibo 50%
4. RSI dan MACD juga jelas menyokong bahawa momentum MCLEAN masih lemah dan boleh dijadikan watchlist anda dan pantau sekiranya berjaya melakukan breakout.

Dari sudut fundamental
1. Revenue syarikat menurun daripada 15.39 juta QR4 2020 menjadi 13.47 juta pada tahun 2021.
2. Pendapatan bersih syarikat turut menurun dari 1.83 juta pada QR4 2020 menjadi -605k pada QR terkini.
3. Berdasarkan revenue dan pendapatan bersih dirumuskan bahawa MCLEAN prestasi syarikat menurun. Kemungkinan disebabkan musim COVID19 yang menjejaskan pengoperasian syarikat MCLEAN.
4. Maklumat ringkat Fundamental MCLEAN:
- NTA = 0.14 👎
- EPS = 1.22 👍
- P/E = 34 👎
- Fair Value = 0.305 👎

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.