Ajrun_

Meridian: Masih Jauh Perjalanannya

MYX:MERIDIAN   MERIDIAN BERHAD
Sektor: Kewangan
Industri: Pemaju Harta Tanah

1. Analisa Trend

I. Sejak daripada pertengahan bulan Mei 2021, MERIDIAN masih berada di fasa "sideways/accumulation" setelah ia melakukan penurunan.
II. Paras harga "resistance" dalam lingkungan harga 0.175-0.185 dan paras harga "support" ialah dalam lingkungan 0.135-0.145.
III. Pada 19 Julai 2021, MERIDIAN sudah memecahkan paras harga "resistance" namun ia tidak mampu untuk kekalkan berada diparas tersebut.
IV. Pada 26 Julai 2021, MERIDIAN kembali semula kepada kitaran sebelumnya.
V. Boleh diperhatikan sekiranya MERIDIAN telah berada di atas paras harga 0.185 dan kekal disana dengan volume yang signifikan.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - MERIDIAN telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut.

II. RSI - MERIDIAN menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.