MYX:MTAG   MTAG GROUP BERHAD
Mtag mula di senaraikan pada 25/9/2019 dan sudah 8 bulan di senaraikan di papan ACE pada harga 53 sen. Hari pertamanya dibuka tinggi iaitu 70 sen, 32% daripada harga asal dan terus menjunan ke 45.5sen, bawah harga tawaran . Bagi yang menyimpan pada hari pertama, ianya telah kerugian sebanyak 17%. Mtag cuba membuat kebangkitan dan harga paling tinggi di capai 63.5 sen pada 13/11/2019. Hampir dua bulan dari tarikh penyenaraian. Kemudian ia turus suram sehingga mencapai harga paling rendah 20 sen pada 17/3/2020. Pada 2/6/2020, dia cuba memecah rintangannya 63.5 sen yang pernah di lakukan dulu. Tapi gagal dengan adanya tekanan jualan. Adakah esok dia akan membuat breakout dan mencari ringtangan baru iaitu 70 sen?

Sebenarnya Mtag telah berjaya memecah tahap rintangan 58 sen pada 1/6/2020 dan hari ini ia cuba lagi. Namum tekanan jualan agak tinggi seperti pelabur tidak yakin Mtag dapat membuat kejutan.

Jangan lupa, Mtag setakat ini pernah memberi dividen kepada pemegang sahamnya dan akan sekali lagi memberi dividen dengan kadar 2 sen. Meningkat dari sebelum ini. Boleh dikatakan Mtag sebuah syarikat berpotensi tapi dia kurang bernasib baik semasa penyenaraiannya. Mungkin nasibnya akan berubah jika dia dapat memecah tahap rintangan 63.5 sen di samping pemberian dividen.sekian

Note: Apa yang di tulis bukanlah cadangan untuk beli atau jual. Ianya hanyalah pandangan peribadi sebagai contoh pembelajaran.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.