tariqrahmalan

TIBA # 14 : N2N Teknikal & Fundamental yang menarik..

MYX:N2N   N2N CONNECT BHD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "N2N" secara umum menunjukkan "telah / sedang" memasuk Fasa "MARKUP".
*Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM 0.905 dan Higher Low pada harga RM 0.750.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM 0.810.
Trend "UPTREND" kelihatan di carta.

Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 0.890 dan support pada harga RM 0.810.
"Resistance" dilihat telah breakout dengan Candlestick Marubozu "Hijau" telah menujah "Resistance" pada tarikh "9 July 2020"
"Selain itu", volume dilihat mengalami "kenaikan" yang "besar" menunjukkan minat "belian" yang semakin "meningkat". Kaunter ini dijangka meneruskan kenaikan dan menguji tahap resistance yang dinyatakan.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Tiada Canclestick chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

3.0 CHART PATTERN
Continuation pattern turut dikesan dengan pattern "Triangle Symmetrical" dilihat terbentuk seperti di carta.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat "ditujah dari bawah " oleh candlestick menunjukkan "Buying" Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "menuju" ke paras "Overbought" menunjukkan momentum "belian" semakin "menguat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini telah melantun di sekitar ratio "23.6" menandakan kaunter mengalami "pullback yang sihat".

===================
ANALISA FUNDAMENTAL
===================
1.0 CATALYST
*Tiada sebarang catalyst berkaitan kaunter ini dapat dikesan buat masa ini.

**Catalyst yang terkini berkaitan kaunter ini adalah berkisar tentang "potensi syarikat untuk disenaraikan di Main Market".
Berdasarkan perkembangan terkini, ia dijangka "akan" memberi kesan kepada pergerakan harga saham untuk tempoh jangka masa "panjang".
Sumber rujukan adalah seperti berikut:
a. www.klsescreener.com...v2/news/view/694673/

2.0 QUARTER GROWTH
Kaunter ini dilihat mengalami "penyusutan keuntungan " berdasarkan prestasi kewangan Quarter on Quarter.
"Namun begitu" prestasi Quarter over Quarter kelihatan positive meningkat dan memberansangkan.
Sumber : www.malaysiastock.biz

3.0 ANNUAL GROWTH
Prestasi keuntungan tahunan juga didapati bertumbuh positive berbanding prestasi tahun lalu.
Berdasarkan laporan tahunan terkini, prestasi ini didorong oleh peningkatan Other Operating Income.
Sumber : www.malaysiastock.biz

4.0. FINANCIAL RATIO
Petunjuk kewangan syarikat pada tahun 2019 juga berada pada tahap yang sangat memberansangkan dimana :
i. Kemampuan Syarikat untuk membayar hutang semasa berdasarkan Quick Ratio adalah sebanyak 3.77 . Syarikat tidak menghadapi sebarang masalah didalam menyelesaikan liability dagangan berdasarkan kemampuan tunai dan asset mudah cair mereka.
Disamping itu, ia turut disokong lagi dengan Current Ratio sebanyak 6.12 .

ii. Jangka masa panjang, keseluruhan tanggungan syarikat berjaya ditampung oleh jumlah asset sedia ada melalui ratio Net Tangible Asset sebanyak 3.55 .Keadaan ini memberikan kelegaan kepada para pelabur samada untuk memiliki dan menyimpan saham ini dalam tempoh yang sederhana dan panjang.

iii. Dalam keadaan paling buruk, risiko para pelabur terhadap hutang dan tanggungan syarikat diterjemahkan dalam ratio Debt to Equity Ratio sebanyak 0.19 . Dalam erti kata yang lain, seandainya syarikat tidak lagi mampu beroperasi dan tiada sebarang asset yang boleh dijual bagi menanpung liability syarikat, risiko pelabur terhadap hutang - hutang adalah sebanyak 19 % dari jumlah equity syarikat.
Sumber : Laporan Tahunan / Quarter Terkini

5.0 SHAREHOLDER
Pemegang saham dilihat membuat pengeluaran berterusan dengan syarikat dikenali sebagai SBI HOLDINGS, INC sebanyak 110,000 unit pada tarikh 7 July 2020, 154,000 unit pada tarikh 6 July 2020, 260,000 unit pada tarikh 3 July 2020, 400,000 unit pada tarikh 2 July 2020 dan 110,000 unit pada tarikh 1 July 2020

6.0 PROSPECT
Laporan dari Financial / Quarter Report menunjukkan syarikat mempunyai prospek yang sangat / kurang / tidak "memberansangkan / membimbangkan".
"Ini boleh dirujuk kepada perenggan berikut: "brokers and investment banks benefited from the increased trading volumes and these benefits flowed to the Group owing to its transaction based charging mechanism “.

Namun masih wujud situasi dimana “In Hong Kong however, the long drawn protests followed by the coronavirus outbreak has resulted in majority of Hong Kong brokers taking more prudent stance of rationalizing overheads through the reduction of branches”

====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.


==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.