Ajrun_

Pantech: MA Mula Bersidang

MYX:PANTECH   PANTECH GROUP HOLDINGS BHD
Sektor: Mineral Bukan Tenaga
Industri: Keluli

1. Analisa Trend
I. Pergerakan PANTECH dapat lihat, ia telah berada di fasa mendatar selama sebulan yang hanya bergerak di paras harga 0.500(Support) dan 0.520(Resistance).
II. Kini, PANTECH sedang berada pada harga "resistance" iaitu paras 0.520 tersebut pada 26 Julai 2021.
III. Bukan itu sahaja, ia telah memecahkan "Down Trendline" .
IV. Sekiranya ia kekal berada diatas paras tersebut kemungkinan akan melakukan kenaikan sehigga paras 0.540 atau sehingga 0.570.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - PANTECH telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan PANTECH sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang bersidang pada paras harga tersebut.

2. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal(Boleh jadi Fake signal).

3. RSI - PANTECH menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, PANTECH membentuk "bullish divergence" berdasarkan RSI dan juga carta.

Parlimen bersidang hari ini, Moving Average PANTECH pun turut sama bersidang.
Boleh diperhatikan bagaimana pergerakan PANTECH nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.