traderbertaqwa

PEB,kaunter limit up

Singkat
MYX:PEB   PIMPINAN EHSAN BERHAD
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad di amalkan setiap hari secara kosisten semoga dapat kebaikkan dunia wal akhirah.Amin

Mari kita lihat di chart tentang kaunter ini....

Apa korang lihat pada tarikh 22/2/21?

Candlestick tiada terbentuk dan tetap mempunyai volume...
Ini menandakan pembelian dan penjualan dalam harga sahaja iaitu 1.490.
Tidak terbentuk 1 candle pun hari ini kerana pembelian dan penjualan dalam 1 harga yang paling tinggi...
Ini kerana mereka ingin menaikkan lagi harga tersebut untuk hari seterusnya sekiranya mereka masih ingin harga itu naik...

Jerung besar and pelabur- pelabur besar sanggup membeli harga yang paling tinggi secara keseluruhan....
Dengan asbab ini harga naik secara mendadak dan terus naik sekirannya ada retailer-retailer yang ingin masuk bagi membantu harga terus naik....Risiko ini sangat lah tinggi bagi retailer yang baru dan pasti akan rambang mata melihat harga yang melambung tinggi....

Yang mampu menaikkan harga itu adalah mereka...Jerung-jerung dan pelabur- pelabur besar...
Sekirannya harga esok naik dan limit up,akan ada harga yang di bekukan untuk hari yang seterus nya...
Biasanya kenaikkan yang mendadak sehingga mencapai 20% ke 30%untuk satu hari...
So beruntunglah kepada mereka yang di dalam kaunter ini yang membeli harga paras kaki gunung ini.

Peringatan keras!!!...
Apabila jerung keluar so korang mesti keluar cepat-cepat...
Game ini sesuai untuk intradays,scalping dan BTST...


Sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman yer....

Rezeki itu tidak akan tersesat kepada sesiapa pun sehingga rezeki itu akan datang kepada yang layak baginya sesuai dengan takdir Allah SWT..Tidak perlu di kejar-kejar kerana sesungguh rezeki itu lah yang mengejar kita sekiranya kita hamba Nya yang bertaqwa...
Yakin lah pada Allah SWT dalam urusan rezeki...Semua Milik Allah SWT.
Wallahua'lam...

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.