zulhafizsyam

PRIVA cerah ke minggu depan?

Singkat
MYX:PRIVA   PRIVASIA TECHNOLOGY BERHAD
PRIVA adalah antara kaunter yang hangat dan tersenarai sebagai 30 kaunter paling aktif didagangkan. Ia telah pun berjaya membuat BODTL pada 15 Jun 2021. Dua hari lepas ia telah membuat penguncupan yang agak banyak dan menutup pada harga 0.215. Boleh perhatikan paras sokongan pada 0.210 manakala paras rintangan pada 0.26. mengikut corak carta ia mungkin akan membuat pantulan pada 0.210 dan meneruskan kenaikan. Perhatikan rapat-rapat garis trend untuk membuat Potong Rugi jika bocor. Mari sama-sama kita berdoa semoga ia membuat kenaikan pada minggu hadapan.

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.