mkamarudin

Indek Properties macam nak naik je

MYX:PROPERTIES   Bursa Malaysia Properties Index
Krisis pemilihan PM telah berakhir. Namum krisis politik adalah sama-sama berakhir dengan terpilihnya seorang PM daripada kalangan UMNO.Persoalan ini akan tercatat pada carta pasaran minggu hadapan. Pelabur akan membuat reaksi terhadap PM baru Malaysia.

Dalam minggu yang agak suram dengan jumlah volum yang tidak memberansangkan, dalam diam, Indek properti membuat kenaikan. Isyarat Parabolic SAR telah muncul pada hari selasa lagi. Di sokong dengan RSI yang memantul pada garis 20%. Adakah bermulanya pergerakan indek ini akan terjawab minggu hadapan. Jika di perhatikan carta dah pun melintasi EMA20 dan menuju ke EMA 50 dan juga EMA 200. Jika minggu depan kedua2 EMA ini dapat di atasi, dijangkakan indek ini akan terus naik. Tahap rintangannya adalah 708 tidak begitu jauh dan rintangan kedua 748.

Saham yang aktif pada hujung urusniaga adalah TANCO, MRCB, MUI, YONGTAI dan DPS.

Jika di tengok pada carta, MRCB agak mengikut indek ini.

Sekian

Disclaimer: Apa yang di tulis bukanlah cadangan untuk beli atau jual. Ianya hanyalah pandangan peribadi sebagai pembelajaran.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.