Meem

QES: Kepala Dan Bahu?

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
QES Group Berhad dilihat secara amnya bergerak dalam trend menurun sejak ia melakukan tinggi terakhir pada Julai 2021

Beberapa minggu sebelum ini harga dilihat seakan membentuk corak carta Kepala dan Bahu
Pergerakan harga terkini dilihat mematuhi rintangan dan sokongan mendatar yang juga dilihat seakan corak bendera
Volum walaubagaimanapun dilihat masih berada dalam lingkungan volum purata harian
Petunjuk RSI dilihat menunjukkan harga masih mampu membuat kenaikan sekiranya terdapat minat belian

Ke mana halatuju kaunter ini? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.