naimmp98

QES (Persinggahan Sebelum Meneruskan Perjalanan)

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
Sektor:
- Automation, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment, Semiconductors, ATE.

Idea analisis:
~Teknikal~
- Setelah QES berjaya cross up MA 50, QES terus menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, QES breakout dan mencipta ATH yang baru.
- Selepas breakout, harga dilihat membuat retracement dan terbaru, harga betul² tutup di atas paras RBS.
- Walaubagaimanapun, harga berkemungkinan juga untuk jatuh di bawah paras RBS kerana muncul signal 'strong bearish divergence' daripada indikator stochastic RSI.
- Jika harga jatuh di bawah paras RBS, harga berkemungkinan akan menuju ke support dinamiknya iaitu MA 50.
- Momentum penjualan harga yang kuat ini tidak mampu menjatuhkan harga kebawah MA 50 kerana minat pembelian yang masih lebih kuat. Kenyataan ini didokong oleh signal sebelumnya iaitu 'hidden bullish divergence'.

~Fundamental~
- Keuntungan QES pada quarter terkini adalah paling tinggi berbanding 10 quarters sebelumnya. Ini mendorong QES untuk mencatatkan keuntungan YoY sebanyak 230.22%
- Perolehan juga adalah tertinggi dan untuk QoQ, perolehan QES meningkat sebanyak 32.28%. Walaubagaimanapun, perolehan QES yang terkini masih belum mampu mengatasi perolehan pada Q1 2019.

Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.