Meem

RCECAP: Mampukah Melepasi Rintangan?

MYX:RCECAP   RCE CAPITAL BHD
RCECAP dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Lilin mingguan terkini dilihat berada berdekatan rintangan seakan hendak menguji kekuatan rintangan terbabit
Jika diperhatikan pada selang masa harian, paras RSI dilihat menunjukkan momentum yang mencukupi sekiranya harga hendak memecahkan rintangan berkenaan
Persilangan emas juga dilihat telah berlaku pada petunjuk MACD harian, histogram MACD berada di paras positif
Namun, persilangan yang seakan hendak berlaku pada petunjuk MACD mingguan juga hendaklah diambil kira
Sekiranya berjaya melepasi dan tutup di atas rintangan, harga secara tidak langsung akan membuat ATH
Namun sekiranya harga gagal melepasi atau berpatah balik, maka divergence penurunan berkemungkinan dapat dilihat berlaku pada petunjuk RSI mingguan
Analisa volum berdekatan paras rintangan dilihat menunjukkan volum seakan berkurang berbanding minggu-minggu sebelumnya (ketika harga berada berdekatan rintangan)
Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.