zulfahmifouzi

BOLEH PERHATIKAN REVENUE. TUNGGU LILIN PEMBALIKAN

MYX:REVENUE   REVENUE GROUP BERHAD
Revenue adalah antara kaunter utama yang berpengaruh dalam sektorteknologi kerana banyak produk kelauaran syarikat ini digunakan dalam urusan harian kita dan juga kerajaan. Jadi, semua perlu tahu bahawa syarikat ini akan sentiasa bergerak ke hadapan begitu juga harga semasa jika penggunaan produk-produk yang dikeluarkan itu ada permintaannya.
1. REVENUE mempunyai nilai fundamental yang kukuh, namun laporan suku syarikat terbaru menunjukkan pengurangan keuntungan.
2. Jika kita lihat carta semasa, REVENUE menunjukkan carta yang mendatar di atas sokongan 1.180 dan di bawah paras rintangan kuat 1.375
3. Carta semasa juga menunjukkan pengulangan sejarah, iaitu lilin menaik apabila hendak melepasi ke bawah aras sokongan dan lilin menurun apabila henda melepasi ke atas aras rintangan.

Pendapat saya, kaunter REVENUE ini sesuai untuk dibeli oleh pelabur jangka masa panjang dan juga pedagang 'swing'. Nilai fundamental yang kukuh adalah teras utama kenapa kaunter ini sesuai untuk pelabur jangka masa panjang. Bagi pedagang 'swing', boleh beli pada esok jika lilin pembalikan wujud ataupun minat belian tinggi pada esok hari dan kemudian pegang sehingga nilai semasa mencecah paras rintangan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.