tariqrahmalan

TIBA # 12 : RGTBHD bakal diputar? Pedagang bijak tidak pening..

MYX:RGTBHD   RGT BERHAD
=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "RGTBHD" secara umum menunjukkan "sedang" memasuk Fasa "MARKUP". Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM 0.375 dan Higher Low pada harga RM 0.220. Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM 0.280. Trend "UPTREND" kelihatan di carta.

Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 0.335 dan support pada harga RM 0.280 merupakan resistance bertukar menjadi support.
"Resistance" dilihat telah bertahan dengan candlestick "Hijau" gagal menujah "Resistance” pada tarikh 3 July 2020. "Namun begitu", volume dilihat mengalami "kenaikan" yang "Konsisten" menunjukkan minat "belian" yang semakin "meningkat". Walaubagaimanapun, kaunter ini dijangka akan mengalami profit taking berikutan kegagalan memecahkan resistance yang dinyatakan.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
"Minor" Bearish reversal patterns atau pullback bakal dilihat dengan candlestick telah membentuk "Spinning Top" pada tarikh 3 Julai 2020 menunjukkan harga bakal menurun ke paras support yang dinyatakan.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat "berada di bawah” candlestick menunjukkan "Hold / Buying" Signal, namun pedagang atau pelabur bijak akan menunggu sesi profit taking selesai sebelum kembali memasuki pasaran.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "menuju" ke paras "Overbought" menunjukkan momentum "belian" semakin "menguat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini melantun di sekitar ratio "23.6" dan bakal menuju ke golden ratio 38.2. Jika ia mampu bertahan dan melonjak kembali, ia menandakan kaunter telah mengalami "pullback yang sihat".

=====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.