Meem

TAANN: Bendera?

MYX:TAANN   TA ANN HOLDINGS BHD
TAANN dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Melihat pada selang masa harian, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta bendera
Petunjuk volum juga dilihat menunjukkan profil volum yang kebiasaannya terjadi ketika corak carta ini terbentuk
Petunjuk RSI harian dilihat masih berada di kawasan positif belian, RSI mingguan bagaimanapun sudah memasuki kawasan 'oversold'
Harga dikatakan masih lagi belum menunjukkan halatuju seterusnya selagi mana belum memecahkan sokongan dan rintangan
Meskipun corak carta bendera cenderung menunjukkan sambungan arah pergerakan, 'failed final flag' juga boleh terjadi yang menunjukkan pengakhiran sesebuah trend

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.