Meem

WONG: Divergence Kenaikan Tersembunyi

MYX:WONG   WONG ENGINEERING CORPORATION
WONG pada selang masa mingguan dilihat telah bergerak dalam trend menaik setelah harga membuat pembetulan beberapa minggu dagangan yang lalu

Pergerakan harga dilihat turun menguji kekuatan sokongan RBS yang juga sejajar dengan sokongan dinamik MA50 mingguan (tidak ditunjukkan) sebelum membuat lantunan daripada sokongan berkenaan
Histogram MACD mingguan juga dilihat semakin menaik berbanding minggu-minggu dagangan sebelum ini serta membentuk 'hidden bullish divergence' tatkala harga membuat 'new low' yang baharu
Garisan MACD mingguan bagaimanapun belum melakukan persilangan emas
MACD harian (tidak ditunjukkan) menunjukkan histogram MACD telah berada di zon positif dan telah membuat persilangan emas
Petunjuk RSI mingguan dilihat sedang condong ke atas dan berada berdekatan paras 50 RSI mingguan

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.