muhammadzaim86

XRPUSDT, masa untuk melompat atau terjun ?

HTX:XRPUSDT   Ripple / Tether USD
1. XRPUSDT berada dalam keadaan sideway beberapa hari kebelakangan ini selepas melakukan lantunan pada zon harga 0.50962.
2. Volume juga dilihat semakin mengering memberikan pengesahan kepada pergerakan naik turun harga yang rendah.
3. Harga dilihat bermain di zon 50% dan 38.2% Fibo Retracement. Pecah siling 50% akan memberikan pengesahan kepada sambungan kenaikan harga.
4. RSI bermain di sekitar zon 60 menandakan masih ada kekuatan untuk meneruskan kenaikan, sementara itu MACD line telah melintas ke bawah signal line. Lintasan ke atas kembali akan memberikan pengesahan kepada pergerakan kenaikan harga.
5. EMA5 masih lagi di atas EMA20, dengan EMA20 dilihat memberikan paras sokongan kepada pergerakan harga. Lintasan EMA5 ke bawah EMA20 memberikan petanda kepada penurunan harga ke paras sokongan semula.
6. Pergerakan di carta TF1H memperlihatkan pergerakan naik harga dengan EMA5 telah melintas ke atas semua EMA20, EMA50, EMA100 dan EMA200. Adakah ini memberikan isyarat kepada pergerakan kenaikan harga ? Sama sama kita nantikan.
7. Isu bersama SEC jelas memberikan sebab kepada para pelabur dan pedagang untuk berwaspada. Penyelesaian positif dalam isu ini akan memberikan impak besar kepada kenaikan harga.

#TPkeCL #kajianpicisan #kajiannewbie #sayabudakbarubelajar #TAYOR #bukanbuycall
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.